Wednesday, 22 May 2013

Miri : Kami datang lagi...


Gambar sepanjang di Miri, Sarawak.

2 minggu sudah kami makan angin ke Miri. Nak ke Kota Kinabalu terlalu jauh. Mahu 8-10 jam sehala perjalanan dari Brunei Darussalam. Jarak ke Miri hanya 2 jam setengah. Objektif utama ke sini adalah untuk berehat, pos barang ke semenanjung dan baiki penghawa dingin kereta (jimat RM100 berbanding baiki di Brunei).


Perjalanan ke Miri yang agak jauh sesungguhnya lebih disukai anak-anak kerana mereka lari sebentar dari suasana bandar. Fathimah, Muhammad dan Ammar tidak akan tidur dalam kereta malahan tak berhenti bersembang tentang apa saja yang menarik perhatian mereka sepanjang perjalanan. Jika sudah penat mereka akan menonton VCD. 


Trip kali ini istimewa kerana anak-anak belajar dari ayah mereka untuk membina keyakinan diri berenang sendirian (walaupun dengan pelampung masing-masing). Semoga akan datang mereka akan naik lagi satu tahap untuk berenang tanpa bantuan pula, insha Allah. 


Walaupun ada kalanya agak meletihkan membawa 4 orang anak kecil yang bermacam ragam (lihat gambar-Ammar, 4 tahun berbaring di atas kerusi di Restoran Secret Recipe yang dikongsi dengan pelanggan sebelah), saya tetap merasa sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada kenangan mereka.


Teks dan gambar : Nur Baiti Binti Mohd Hanaffiah

No comments:

Post a Comment